Loading...

Inilah Dia Wanita Paling Kurus Di Dunia

Valeria Levitina adalah wanita terkurus di dunia kerana anoreksia. Pada usia 39 tahun Valeria disebut sebagai mumia hidup kerana anoreksia yang di deritanya, Anoreksia telah memamah tubuhnya hingga menjadi kurus kering dan kelihatan seperti rangka hidup. Perempuan bertinggi badan 172 CM ini hanya mempunyai berat badan 25kg, yang sepatutnya berat tersebut dimiliki oleh seorang kanak-kanak berusia kira-kira 6 tahun.

Valeria adalah seorang perempuan berusia 39 tahun namun kerana penyakitnya itu dia kelihatan seperti seorang nenek berusia 60 tahun. Pada tahun 1989 orang tua Valeria memutuskan untuk pindah dari Moscow ke Amerika Syarikat. Saat itu Valeria adalah seorang gadis yang sangat cantik, saat itu hidupnya begitu indah dan banyak dikagumi oleh laki-laki kerana kecantikannya. Dengan modal paras yang cantik dan tubuh yang sexy dia cuba peruntungan hidupnya di dunia modeling pada tahun 1994. Obsesi terbesarnya adalahmenjadi "Miss Chicago", untuk mewujudkan obsesinya tersebut Valeria melakukan diet ketat dan mulai saat itulah bencana tersebut bermula.

Tubuhnya mulai tampak kurus walaupn pada awalnya masih kelihatan profesional, pada usia 19 tahun Valeria telah kehilangan banyak berat badan tapi masih kelihatan feminin dan profesional, pada usia 23 tahun dia kelihatan langsing sehingga pada usia 24 tahun beratnya hanya 38 kilogram dan saat ini beratnya hanya 25 kilogram dengan tinggi badan 172 CM, jadi anda boleh membayangkan bagaimana postur tubuh wanita ini.

Valeria sekarang tinggal sendirian di Monaco untuk mendapat banyak sinar matahari yang sangat diperlukan oleh tubuhnya. Dia hampir tidak dapat merasakan rasa makanan, walaupun ia tidak lagi mempunyai gangguan makan, Valeria masih belum mampu menambah berat badan.





[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]




[imagetag]


703302


[imagetag]




Dedic Ahmad
Inilah Dia Wanita Paling Kurus Di Dunia
By Pemulung News
Published: 2013-02-15T00:27:00-08:00
Inilah Dia Wanita Paling Kurus Di Dunia
5.0 99 reviews
Inilah Dia Wanita Paling Kurus Di Dunia
Posted by: Risalahati Dedic Ahmad Updated at: 00:27